Tuesday, June 28, 2011

Friday, January 1, 2010

laman blog baru

Sempena tahun baru 2010,
laman blog koperasi aminah nordin dikenali
sebagai koperasi keluarga aminah nordin kuala lumpur berhad.

Pendaftarannya disahkan oleh suruhanjaya koperasi malaysia
pada hujung tahun Disember 2009
.

Harap maklum.

Wednesday, December 30, 2009

TAHUN BARU 2010

Salam Tahun Baru 2010 Masihi,
Tahun Baru Cina 2010 Tahun Harimau kepada semua keluarga.


Daripada Koperasi Keluarga.


Jika ada pandangan untuk tahun 2010 hantar maklumat kepada Samad di email, sukor2009@gmail.com

Monday, December 28, 2009

Peristiwa & Aktiviti Sepanjang Tahun 2009

1. 5.1.2009 Hj. Abdul Sukor & Hjh Nor Liza selamat sampai di KLIA setelah mengerjakan haji, umrah & ziarah selama 42 hari. Doa2 yg dikirim oleh semua saudara telah dipohon kehadrat Allah SWT di depan Kaabah, Arafah & Raudah. (Tempat yg mustajab dlm berdoa). Tahlil utk kaum kerabat juga telah dilaksanakan disebuah hotel di tanah suci Mekah.

2. 7.1.2009 Doa selamat & kesyukuran diadakan di Karai D'Village, sempena kepulangan dari tanah suci.

3. 29.1.2009 Majlis perkahwinan Nor Ain & pasangan Givson diadakan di Petaling Jaya.

4. 9.2.2009 Puan Yusyizu selamat melahirkan anak ke empat di Hospital Selayang bernama Syammin Nurul Aisya bt Dyamsul Akmar.

5. 8.2.2009 Puan Razainah selamat melahirkan bayi pertama di Hospital Ampang bernama Nurul Husna bt Ayob.

6. 20. 5.2009 Puan Hjh Puteri Azlina selamat melahirkan bayi kedua bernama Omar bt Rashad Abdullah di Bangi.

7. 27.5.2009 Hj. Mejar Megat Ahmad Ridzuan mendapat cahayamata pertama bernama Megat Ahmad Aqil di Hospital Putrajaya.

8. 6.6.2009 Khairul Azhar selamat bernikah & berkahwin dengan pasangan Nor Hayati bt Yusof di Machang. Acara menyambut di Kati pada 27.6.2009.

9. 5.6.2009 Mesyuarat penajaan penubuhan Koperasi Keluarga di Karai D'Village.

10. Mohd Razaidi Shah mendapat cahayamata sulung bernama Muhammad Shahrul Naim di Shah Alam.

11. 27.6.2009 Mesyuarat projek yg akan dijalankan utk Koperasi Keluarga.

12. 29.6.2009 Hisham dan Nur Zuraida mendaftar kemasukan ke Uni. Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim.

13. 20.6.2009 hingga 20.8.2009 MUSIM BUAH-BUAHAN DI NEGERI PERAK.
Semua yg. ada kebun dapat menikmati hasilnya. Rahmat Allah SWT.

14. 1.8.2009 Perkahwinan Ainun Mardiah dengan pasangannya Mohd Nizam di Rapat Setia Ipoh.

15. 22.9.2009 Majlis Tahlil Perdana utk KAUM KERABAT KELUARGA yg telah kembali ke rahmatullah di Ani House D'Village. Seramai 48 keluarga yg hadir. Ahli yg paling jauh hadir ialah Syukri b. Shamsuddin yg menuntut sebuah Universiti di Amerika Syarikat.

16. 22.9.2009 Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi Keluarga dijalankan. Seramai 25 orang bakal anggota hadir. Majlis dimulakan dengan nyanyian nasyid kumpulan anak-anak dengan lagu Redhaku. Kemuncak majlis dgn memotong 2 biji kek koperasi keluarga.

17. 23.9.2009 Mesyuarat/taklimat Ahli Lembaga Koperasi.

18. 30/9/2009 Megat Ahmad Arif mendapat anak ketiga bernama Megat Ahmad Shafil di Hospital Selayang.

19. Mohd Faizal mendapat anak kedua beernama Mohd Farkish Naim di Ipoh.

20. Jamal Nasir mendapat anak ke tujuh bernama Alif di Kuala lumpur.

21. 17/10/2009 Puteri Latifah Hanum dan suami Nor Azman berangkat
ke tanah suci Mekah dari Kelana Jaya.

22. 20.12.2009 Keluarga Hj. Ghazali Osman Taufik bercuti ke Mesir dan
menziarahi anaknya Muhammad yg. belajar di salah sebuah universiti di Mesir.

23. 26.12.2009 Mesyuarat Koperasi Keluarga di Persint 16 Putrajaya.
Borang keahlian rasmi diedar kpd semua kaum keluarga.
Sehingga kini jumlah hasil getah Rm2000.00.
Beberapa projek perniagaan juga dirancang utk koperasi keluarga.
Mesy. ALK berikutnya pd 27.2.2010 di Ipoh.

24. Pendaftaran kemasukan ke UITM Penang saudara Ridzuan b. Shamsuddin.

25. 28.12.2009 Hjh Puteri Latif Hanum dan Hj. Nor Azman selamat tiba di KLIA setelah
menunaikan haji si tanah suci Mekah.

26. SELAMAT TAHUN BARU 2010 kepada semua Keluarga dan sanak saudara.
Moga tahun hadapan lebih berjaya kita di dunia dan akhirat hendaknya. Amin..
Saya selaku pengerusi Koperasi Keluarga dan
mewakali Ahli Lembaga Koperasi Keluarga.












Sijil Perakuan Pendaftaran Koperasi

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA
PERAKAUAN PENDAFTARAN KOPERASI
Adalah dengan ini diperakukan bahawa
KOPERASI KELUARGA AMINAH NORDIN
KUALA LUMPUR BERHAD
dan undang-undang kecilnya yang diluluskan oleh mesyuarat
agung permulaan pada 22 September 2009 didaftarkan
sebagai sebuah koperasi asas dengan liabiliti terhad,
di bawah subseksyen 7(1) Akta Koperasi 1993.
Ditandatangani dan dimeteraikan pada hari ini
11 haribulan Disember tahun dua ribu sembilan.



DATO' MANGSOR BIN SAAD
Pengarah Eksekutif
Suruhanjaya Koperasi Malaysia

ZAINAL ABDIN AB MANAF
Setiausaha

Suruhanjaya Koperasi Malaysia


s.k.
Untuk makluman ahli-ahli.
Surat ini bertarikh 23 Disember 2009, no. rujukan SKM.WP.(UU): 1/746(5)

Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi Keluarga Aminah Nordin

Mesyuarat ALK Koperasi Keluarga telah diadakan di Persint 16 Putrajaya,

jam 2.30 ptg 26/12/2009.


Kehadiran ALK : Hj. Abd. Sukor (Pengerusi), Hj. Ahmad Bakhtiar( Timbalan Pengerusi),

En. Azmi(Pen. Bendahari), Pn. Puteri Nyah Saadiah(Pen. Setiausaha),

En. Abd. Razak(Bendahari), En. Mustapa, Pn. Razainah(Setiausaha).

Turut hadir : Pn. Yusyizu(JAD), En. Syamasul, Pn. Zaiton, Pn. Fauziah, Cik NurMusfirah,

Hjh. Nor Liza, Pn. Norhayazy(JAD), kanak2 dan baby2.


Minit mesy. secara panjang lebar dlm. ALK pada 27/02/2010 di Ipoh.


Projek koperasi yg dirancangkan adalah;-

1. Mendapatkan tanah di negeri Perak atas nama koperasi keluarga melalui YB di sana.

2. Membeli tanah yg rendah harga utk projek koperasi keluarga.

3. Memajukan tanah2 terbiar ahli2.

4. Berusaha mendapatkan permit teksi KL melalui nama koperasi Keluarga

Aminah Nordin Kuala Lumpur Berhad.

5. Membuka gerai makan nasi ayam dara di Jalan Ipoh Kuala Lumpur.


Membuka akaun Koperasi Keluarga menggunakan akaun Maybank pada 31/12/2009.


Mengedar borang keahlian kepada kaum keluarga dan mengisi butir-butir permohonan.

Keahlian selama dua bulan ini akan mencapai 75 orang.


Mengikut Suruhanjaya Koperasi Malaysia, yuran kemasukan seorang ahli RM20.00 dan

syer minima seorang ahli, 1 unit RM100.00 sehingga 20% nilai syer dimiliki oleh koperasi.


Wang keuntungan koperasi keluarga sekarang sehingga 26/12/2009 adalah sebanyak RM2000.00 iaitu melalui keuntungan jualan hasil getah.


Ini adalah antara perkara-perkara besar yang dibincangkan.




Wednesday, December 23, 2009

Kelulusan Pendaftaran Koperasi Keluarga

Alhamdulillah...

Koperasi Keluarga telah diluluskan pendaftarannya.
Berita ini baru diterima melalui panggilan telefon oleh pegawai
Suruhanjaya Koperasi Malaysia di Kuala Lumpur oleh Pn. Rohanishah bt Nordin.

Secara sahnya kita boleh run operasi koperasi keluarga dengan rasminya.

Meeting koperasi keluarga pada 26/12/2009
di Bilik Mesyuarat 1, Kompleks Kejiranan Persint 16 Putrajaya bermula jam 2.30 ptg.

Followers