Friday, July 17, 2009

pendaftaran ahli koperasi aminah nordin

Idea penubuhan Koperasi Aminah Nordin telah diilham oleh Hj Abdul Sukor bin Hj Nordin pada 2 tahun lepas setelah ahli-ahli keluarga bersetuju dan memahami tujuan penubuhan koperasi keluarga.

Mesyuarat pertama dijalankan pada tahun 3 Syawal 1429 Hijrah. Mesyuarat kedua pula pada 5.6.2009 dan semua yang hadir bersetuju. Mesyuarat ketiga pada 27.6.2009 dan semua ahli yang hadir bersetuju akan Penubuhan Koperasi Aminah Nordin Berhad.

Bilangan ahli berjumlah 29 orang yang berumur 18 tahun ke atas dari kalangan keluarga aminah nordin. Ahli-ahli dikehendaki membuat salinan kad pengenalan bagi memudahkan urusan pendaftaran dan dimasukkan dalam fail koperasi.

Berikut adalah penaja koperasi Aminah Nordin
1. Nama : Hj. Abdul Sukor bin Hj. Nordin (Pengerusi)
Alamat : Lot 6 Jalan Permai, Kg. Kuala Repas 28700 Bentong Pahang.
No. Tel : 012-3123157

2. Hjh. Nor Salamah bt Hj. Nordin (Setiausaha)
Alamat : No. 174 Taman Gopeng Baru, 31600 Gopeng Perak.
No. Tel. : 019-5994852

3. Pn. Razainah bt Abdul Razak (Bendahari)
Alamat : C-06-26 Apartmen Sri Penara, Bandar Permaisuri 56000 Cheras Kuala Lumpur
No. Tel : 017-2927341, 0173888126

Semasa mesyuarat ketiga, aktiviti koperasi aminah nordin terdapat 6 jenis perniagaan yang diterima tetapi Suruhanjaya Koperasi Malaysia hanya memilih satu sahaja bentuk aktiviti perniagaan. Aktiviti yang dicadangkan adalah mengusahakan kebun getah Aminah Nordin.
Setiap ahli dikenakan yuran sebanyak RM10.00 untuk urusan pengurusan koperasi.

Proses penubuhan dan pendaftaran Koperasi Aminah Nordin adalah seperti berikut :-
1. Mula (idea dan cadangan daripada ahli)
2. Menghubungi SKM negeri (Ahli telah menghubungi SKM Bentong dan SKM KL)
3. Kelulusan penubuhan koperasi (telah mendapatkan borang di SKM KL untuk diisi)
4. Menubuhkan Jawatankuasa Penaja (telah ditubuhkan dalam mesyuarat ketiga)
5. Mesyuarat Agong Permulaan
(dijangka pada malam 3 Syawal 1430 Hijrah atau 22 September 2009)
6. Memohon pendaftaran koperasi (selepas mesyuarat agong)

Untuk makluman ahli-ahli pada 3 syawal 1430 Hijrah atau 22 September 2009 akan diadakan Majlis Tahlil Perdana untuk ahli keluarga yang telah meninggal dunia. Iaitu dari keluarga Allahyarhamah moyang Long Suri yang meninggal pada tahun 1945 hingga ahli keluarga Allahyarham Muhammad Faizyang meninggal pada tahun 2008 .

Pada sebelah malam pula diadakan mesyuarat agong Koperasi Aminah Nordin bertempat di Ani House D'Village Kuala Kangsar Perak Darul Ridzuan. Kemuncak majlis dengan memotong kek tanda pelancaran Koperasi Aminah Nordin Berhad oleh anak-anak Allahyarhamah Aminah dan Allahyarham Nordin.

No comments:

Post a Comment

Followers