Kepada semua ahli-ahli Koperasi Aminah Nordin Kuala Lumpur Berhad selamat menjalani ibadah puasa di bulan ramadhan yang mulia ini. Permohonan nama koperasi kita telah diluluskan pada 29 Julai 2009 dan di tambah perkataan Kuala Lumpur kerana permohonan penubuhan koperasi dibuat di Kuala Lumpur walaupun kawasan operasi masih dijalankan di negeri Perak. Di bulan ramadhan ini sama-samalah kita meningkatkan amal ibadat pada diri masing-masing. Di sebelah malamnya pula sama-samalah kita bersolat jemaah tarawih 8 rakaat atau 20 rakaat mengikut kemampuan diri. Lebih banyak kita buat amal ibadat lebihlah ganjaran pahala yang diberi oleh Allah SWT. Pada bulan ramadhan ini juga azamkan diri kita untuk membaca Quran 30 juzuk pada bila-bila masa yang lapang untuk meningkatkan ketaqwaan diri kita. Bulan ramadhan ini juga jangan lupa tahajuj malam. Satu lagi kelebihan bulan ramadhan ini adalah malam lailatulqadar iaitu malam yang dibuat amal ibadat ganjarannya diberi sebanyak masa selama seribu bulan. Seribu bulan ini amal ibadatnya seperti telah melakukan ibadat selama 83 tahun 4 bulan. Rata-rata umur kita dalam 63 tahun. Tetapi dewasa ini umur rakyat Malaysia meninggal lebih awal lagi dari 63 tahun. Contohnya banyak orang meninggal di sekeliling kita adalah muda-muda dan meninggal secara mengejut sahaja. Di kesempatan umur kita tahun ini ambillah peluang yang di sediakan oleh Allah SWT kepada umat nabi Muhammad SAW. Semoga amal ibadat yang baik ini mendapat ganjaran disisi Allah SWT.
Amin...
No comments:
Post a Comment