1. Majlis Tahlil Perdana 2009 telah berlangsung dengan jaya.
Majlis dimulakan jam 11.50 pagi dengan bacaan Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 1-10 yang disampaikan oleh adik Nur Farhanah bt Hj. Abdul Sukor dan diikuti terjemahannya oleh adik Muhammad Mustaqim bin Mohamed Mustapa. Majlis bacaan surah Yassin beramai-ramai oleh hadirin yang hadir dan doa selamat disampaikan oleh Ustaz Haji Harun bin Mat Yusof. Tazkirah ringkas juga disampai oleh beliau. Sejumlah 46 keluarga yang dijemput hadir (terima kasih banyak-banyak) dan 8 keluarga memaklumkan pada pihak pengajur kerana tidak dapat hadir pada tarikh tersebut.
( Gambar majlis akan menyusul nanti )
2. Mesyuarat Agung Koperasi Aminah Nordin Kuala Lumpur Berhad
Mesyuarat telah berlangsung pada jam 9.30 malam seperti dijadualkan. Keahlian Koperasi kini mencapai 70 orang. Kehadiran pada mesyuarat Agung Pertama seramai 25 orang. Majlis telah dipengerusikan oleh Hj. Abdul Sukor bin Hj. Nordin. Majlis telah diserikan dengan persembahan nasyid Kumpulan Aminah Nordin, diikuti tembakan warna-warni oleh Hj. Ahmad Bakhtiar bin Nordin Ali dan Hj. Abdul Sukor bin Hj. Nordin. Pelancaran koperasi ini dengan memotong dua biji kek koperasi oleh Kumpulan Aminah Nordin
( Minit mesyuarat Agung Pertama dan senarai keahlian akan dikemaskini kemudian)
3. Daftar senarai 2009, Salasilah Long Suri
Daftar senarai 2009 juga berjaya dibetulkan oleh ahli keluarga masing-masing semasa kunjungan Hari Raya Aidil Fitri bertempat D'Village. Salasilah Long Suri untuk daftar senarai 2009 akan diterbitkan dalam tempoh terdekat.
No comments:
Post a Comment